Disclaimer: Ini bukan bahan bacaan kanak2. Kalau ada kanak2 yg sedang baca blog ini dan mengalami permanent brain damage, penulis tidak akan bertanggungjawab.

http://herniehernie.blogspot.com

grgrgrgrgrgrgrrrr…

January 10th, 2009 at 1:10 pm | Comments & Trackbacks (0) | Permalink

Comic supposed to be fun to read. But these…? keshian.. sob sob..

(click the image to enlarge)

 

 

December 25th, 2008 at 10:51 pm | Comments & Trackbacks (2) | Permalink

Suka ati aku ja taru Pt. 1. Macam la rajin mau tambah Pt 2.

2.51am.. Terlebih ambik caffeine yg ‘halal’ a.k.a coke. Malam tadi shopping di Parkson n JJ. Lepas abis shopping singgah McD makan Prosperity Burger. Sedap tapi sangat la pedas. Boleh sendawa api aku.

12.01am td aku wish Azlan hepi birthday. Alaaahai, baru 27 tahun dia. Tu na dia tengah tidur.

On the way ke Parkson berabis dia teka hadiah birthday dia. Siriyesly, lelaki la spesis hidupan yang paling susah mau di kasi beli hadiah, especially Azlan.

Baru ja browse internet cari idea. Antara idea2 ‘best‘: Wooden Elephant Sculpture, Dry Fruit Box, Red Roses Vase.

Kunun out of the box idea la tu. Wooden Elephant? Astagaaa….

Aku mau bagi kemeja, tie, wallet, perfume, jam, organizer, kereta, rumah, semua tu dia suda ada. By the way my budget is about… RM5? ahaahahha.. kedekut taik idung masin btul bini dia nih.

……………….

Aku ter-daydream kasi masuk sofea dalam kotak. lepas tu aku wrap kotak tu cantik2 siap ikat ribbon kaler merah. lepas tu azlan tarik ribbon and then voila! Sofea tiba2 muncul dari kotak pastu teriak ABAH!!!

……………….

Yeah right. Konfem sofea nangis2 sebab kena kurung dalam kotak.

Aku rasa aku tau apa aku mau bagi, tapi aku nda kompiden hadiah tu seswai.

Terpinga, Tertanya, di dalam dilema ku.

——————–

Sudah lama bercita2 mau upload gambar2 baru Sofea. She’s tall as 2 year old kid. Suda pandai kira one - five. Suda paham some instructions; buang sampah, ambik barang, letak barang, lap lantai, pejam mata (dan dia pura2 tidur)

Model baju Kelawar

Geng main/gaduh di taska, Safiyyah (anak Khair a.k.a Dol)

Bakal wall climber mcm mama dia

ManU Fan @ TM Resort, Kundasang

Last pic taken by my henpon time naik gunung. About 3am ndak silap aku bateri kong… (gambar teda kaitan)

Apa tgk2? Ada utang ka?

@ President Square

Excited angkat beg hiking abah

Dalam Eye on Melaka

Dalam Eye on Malaysia pulak..

@ Tanjung Aru Beach, Kota Kinabalu

——————-

Still wide awake, 3.41am.

December 21st, 2008 at 12:41 pm | Comments & Trackbacks (2) | Permalink

Aku paling ndak suka bila student nda datang midterm test, sebab aku malas buat replacement.

Ntah macam mana semester ni RAMAI GILA excape midterm. Semua guna alasan mc. Dalam banyak2 MC, ada 2 MC paling ridikeles aku pernah jumpa. Sampai aku terfikir doktor ni kena bribe coca-cola ka sampai senang2 ja bulih dapat MC begitu? Hish…

MC 1

Case yg ni bukan betul2 MC, cuma doktor bagi ‘time-off’ supaya dia boleh rehat. Aku tgk la surat tu betul2. Mula2, dia dapat time off 8am - 10am. Lepas tu, ‘time’ kena strikethrough (8am - 10am) lepas tu kena ganti 8pm - 10pm. Mula2 aku ingat student tu yang conteng sendiri, tapi tgk di tepi surat tu ada cop dan sign doktor tu. Part yang paling best, sakit dia ialah “ITCHINESS”. Itchy pun boleh dapat time-off? AKu nda tau la mcm mana severe dia punya Itchiness tapi time dia jumpa aku the next day teda pun simptom2 org sakit. Sikit pun tidak tergaru2. Geramnya aku. Aku suspek, alasan itchiness yg pagi tu utk escape kelas pagi, lepas tu itchiness mlm utk escape midterm test aku. Uuuu.. memang gataalll punya budak saja2 mau escape.

Mcm tu lain kali kalau mata aku gatal aku minta time-off la. Nda payah pigi kelas ngajar.. kan?

MC 2

Dia bagi aku mc. Dalam mc tu teda tulis sakit apa. TAPI dia dengan bestnya cakap ‘actually my cousin was sick. so i have to attend him’. AKu tau aku lembap, tapi aku kompius btul knapa cousin dia sakit, dia yang dapat mc. Aku tanya dia betul2, dia sakit ka nda? Dia jawab sama juga, dia ndak sakit, tapi cousin dia yang sakit. Grgrgrgrgrgrgr.. Mcm mana dia boleh dapat mc pun aku ndak tau.

Ok fine.. disebabkan diorang ada mc/surat yang sah, kasi can la ambik test. 1 jam sebelum test datang pula sorang mamat ni

Student: Mdm, can i postpone my test?

Aku: Why?

Student: I’m not prepared.

Aku: It’s not my problem

Student: But if I take the exam, i will get zero.

Aku: It’s not my problem.

Student: Can I take the test on Thursday?

AKu: No, my schedule is pack on Thursday

Student: How about Friday (mentang2 dia nampak jadual aku kosong hari jumaat)

AKu: No, I have something to do on Friday.

Student: (dia start mau marah suda, lepas tu dia bebel bebel bebel)

Aku: I told you from week 1, we will be having midterm test on Week 6. And every week i remind you all, we will be having midterm test on Week 6. Now you are saying you are not prepard. So what should I do? Tell me what should I do?

Student: (tediam)

_______________________________________

Jawapan test paling ridikeles sepanjang 4 tahun aku ngajar. Siriyes mau pecah jantung aku.

Q: Perform 45 x (-94) in 2’s complement form. Prove your answer is equivalent to -4230 in decimal

Note: 2’s complement form tu signed binary number system. Kiranya kena buat multiplication tu dalam binary number

Jawapan budak tu:

December 19th, 2008 at 2:12 am | Comments & Trackbacks (0) | Permalink

Dalam aku sudah redha aku bakal fail project masters aku, suddenly the Senate approved my extension application for another 6 months!! I LAP U SENATE MEMBERS!

Siriyesly ilang skejap satu batu besar yg dari dulu lagi himpit kepala aku ni. Tuhan seja tahu mcm mana pressure dan tertekannya aku TIAP hari terfikir pasal masters, hampir TIAP hari mengadu dengan Syiqin pasal master, hampir TIAP kali aku gosok baju sambil fikir master. hampir TIAP hari cuci pinggan sambil fikir pasal masters. What a relief!

By the way, I had a hunch last night, a lot of hunches actually (betul ka grammar aku ni?) Satu, aku suspek kawan aku suda bersalin. Tgk blog dia memang betul pun, dan nama anak dia Sofia! hahaha.. welcome to kelab nama anak Sofea/Sofia/Safiyyah/Sufiyyah/etc. Congrates Ainun..

Second hunch, aku rasa ada satu blog suda hidup balik lepas beberapa bulan blog tu mati. So aku taip la di browser http://10si.blogspot.com. Tgk2 suda ada 3 entry baru. It’s kinda freaky how a wife boleh tau gerak geri husband dia just by gerak hati. Sorry my dear Azlan, rahsia sudah terbongkar. :))

Lain2 punya hunch, nanti seja la cerita. Buang karan. Skarang ni aku just mau savor the moment of super duper happYness. Alhamdulillah..

December 12th, 2008 at 2:22 am | Comments & Trackbacks (0) | Permalink

Sudah 1 bulan ka aku ndak update? Mimang bz melampau2. Hari ni sepatutnya bz juga tapi AKU SUDA TELAMPAU PENAT. Lagi bagus aku mengumpat di sini.

Antara peristiwa2 bengong sepanjang2 aku ‘menghilang’:

EXAM INVIGILATION

Tengah2 jaga exam tiba2 ada budak angkat tangan. Kawan aku pegi la entertain. Pastu kawan aku datang balik tanya aku

kawan aku: kalau calculator dia rosak nak buat mcm mana?

aku: rosak mcm mana?

kawan aku: ntah, dia cakap rosak.. tatau la abis bateri ke..

aku: by right bukan obligation kita nak cari replacement utk calculator dia. kalau kita tlepon exam unit pun bukannya keje diorang cari calculator.

kawan aku ni baik hati. dia pigi la tmpt budak tu explen2 dan explen. Lepas tu dia balik jumpa aku dengan muka tahan ketawa + geram.

aku: apa yang rosak?

kawan aku: saya tanya dia apa yang rosak.. student tu cakap “look at this” sambil tekan calculator dia

10 ÷ 0.5 = 20

Lepas tu dia cakap “see? the answer should not be 20. Something is wrong with my calculator”

aku: (tutup mulut rapat2 sebab kalau aku ketawa konfem bergema dewan exam)

Nasib baik la mood aku pagi tu bukan mood tolong orang. Siiiiikit lagi aku ingat mau balik opis kasi dia calculator yg student kasi tinggal di opis aku. Mcm la kalau dia dapat calculator lain 10/0.5 bulih dapat jawapan lain. Ngok btul!

MY STUDENT

Begitu juga la.. ada yang rajin ada yang biasa ada yang malas. Tapi yang super duper malas paling buat aku naik darah. Petang smalam aku suruh diorang buat satu soalan ni. Semua sibuk menulis kecuali member nih. Aku tegur la..

aku: XXX, mana pen?

student: (tgk kiri, tgk kanan, cek poket baju, cek poket seluar, pastu tgk kawan dia) pinjam pen.

…………………………… (aku speechless lagi)

Pemalas2 aku dulu zaman mudamudi, AT LEAST aku bawa pen dan sehelai kertas. Edeh…

YOGA THINGY

Sejak keluar fatwa pasal yoga, kan banyak kontroversi. Aku heran btul. Fatwa tu cakap selagi yoga tu tidak melibatkan mantera/chanting, pigi la pusing tunggang tebalik yoga yogi. And fatwa tu utk orang Islam seja. Wonder why yang bukan Islam pun sibuk2. (no offence to other religion, only to those yang tidak paham bahasa). Mungkin juga salah media sebab simply letak di headline “Yoga Diharamkan” on front page. Kalau spesis mcm aku suka baca headline seja memang la dapat wrong message. Nasib juga aku tergerak baca full story.

Then dalam kelas aku tanya la student2 India dalam kelas aku,

aku: were you offended when yoga diharamkan for muslims because of the chantings?

diorang: not at all, kami pun tak buat yoga (sambil ketawa besar)

thank god student aku bijak pandai belaka. aku tanya lagi

aku: saya tatau yoga ni mcm mana. betul ke yoga ada byk peringkat?

diorang: memang ada. for beginners memang takde mantera or the chanting. But when you go further ada la the chanting. And then kalau dah sampai peringkat tinggi yoga can be martial art also.

aku: uuuuuuuuuuuu…

diorang: lagi satu madam, kalau yoga kena strictly vegetarian.

aku: ye ke?? kesiann.. rugi tak makan ayam. korang tak yoga kenapa?

diorang: susah la yoga madam.. baik lagi jogging

aku: korang vegetarian tak?

diorang: tak..

aku: tapi hindu tak boleh makan daging lembu kan?

diorang: yup. ayam boleh la.

aku: so kalau pegi McD you all makan McChicken je?

diorang: McChicken dan ayam goreng. that’s why KAMI SOKONG KFC!!!

ahahahahahah.. kiut kiut..

Gonna be very busy until January.. Saidah, selamat pengantin baru on 30th November!!!!!

November 28th, 2008 at 2:02 am | Comments & Trackbacks (3) | Permalink

Was been very busy since decending from Mt Kinabalu.

Was sick (seriosly bad flu) for 1 week already. Sofea la ni penyebar virus. Kalau dia kena flu konfem aku kena lepas tu.

Been demam for one day lepas siap hantar 2 chapters of my thesis for my masters extension purpose. Aku suda ndak biasa stay up mcm dolu2.

Now tonnes and tonnes of jobs to do. Isnin depan suda start trimester 2. Not really prepared though. Kena buat exam papers for final and supp, kena construct new lab manual. 6 lagi tuh!! (Hate you MQA!). Kena complete my masters by December (hoping my extension application approved). Kena itu kena ini edeh edeh edehhhh…

No words can describe how busy and  tired I am, tapi aku rasa this piano play by Yujia Wang can..

Yujia Wang yang sangat Ganasss

May not be updating for a while.. Kecuali kalau aku tensen dengan student aku, kuang kuang..

November 7th, 2008 at 2:22 am | Comments & Trackbacks (0) | Permalink

Aku sebenarnya suda malas mau tulis pasal gunung (excitement suda ilang lepas sakit kaki ilang). Tapi, ‘Jaki Mustapo’ punya pasal, aku tulis juga la.. Enchek Jaki, tips2 mungkin dalam bentuk tersirat. Pandai2 la decode aa..

Route Mesilau memang cantik. Walaupun kabus tebal tutup segala waterfall tepi bukit, tetap cantik route tu. Tapi, cantik with a catch, JAUHNYA MAU JALAN!!!! Kalau agak2 beg tu berat, sila bagi beg sama guide, bayar RM30 (utk naik sajaha, tidak termasuk turun). Kalau ndak, ada kemungkinan jadi macam adik aku. Belumpun sampai 0.5km dia suda pucat. Kesian..

Pucat pun masih mampu tersenyum. Bagus adik aku ni…

Jalan punya jalan punya jalan, ujan pun turun.. Nasib la baju ujan ada. Tapi, aku rasa menyesal ja beli baju ujan mahal2. Baju ujan aku RM5.50, kira mahal la banding sama baju ujan ala2 plastik sampah RM1.50. Functionality tetap sama,melindungi beg dan baju dari basah. Extra ringan lagi. Beli 2 pun blum sampai RM5.50. Hahah.. punya berkira. Buruk btul

Plastik sampah Vs Plastik Mahal

Lepas tu selagi boleh maintain jalan dengan group. Rationale, untuk mengelakkan kes ambik gambar sendiri, hahaha. Memang malang. Suda la susah mau adjust, konfem muka ndak cantik bila ambik sendiri. Ndak tau la kenapa..

Kan suda tepotong sikit tu pipi..

Lagi satu tips, jgn la bergambar mcm pokok kelapa. Bagi gambar yang hepi2 sikit. Ceria juga gambar tu. Cuba la posing walaupun tahap ke-fotojenik-an stakat 1/100.

Posing peace yang basi. Azlan terlepas dari kategori pokok kelapa.

Lepas tu di sana baaaaaaaaaaaaaaanyak tupai2 kiut. Ada juga yang manja. Suka btul aku tingu. Kalau ada yang spesis pencinta haiwan separa liar mcm aku ni, ready la roti ka apa ka.. konfem dia datang pastu bawa satu clan sebab ada makanan free.

Azlan & The Chipmunk

Sampai Laban Rata, cepat2 cari spot menarik utk ambik gambar sunset. Cantik seh… memang betul2 cantik.. Tapi aku ada 2 ja gambar dengan sunset, sebab aku ndak tahan sejuk. Sampai sakit kepala lutut aku sebab telampau sejuk. Kalau mau mandi, cepat2 mandi sblum pukul 7.50pm. Lepas tu diorang tutup heater toilet sebab mau pasang heater dlm bilik. Penjimatan yang bagus tapi menyusahkan.

Sunset view from Laban Rata

Lepas tgk sunset, tidur la cepat2. Nanti kena bangun awal pagi sambung panjat gunung. Suda la sejuk mau gosok gigi + cuci muka (recall heater toilet kena off). Coklat pun kena banyak. Tu la sumber tenaga paling praktikal, tidak berat, tidak cair, sedap!

About 2.30am. SEJUK BANGAT

FYI, I was wearing 1 baju lengan pendek (nipis), 1 baju lengan panjang (quite tebal), 2 sweater yg sangat tebal, tudung, anak tudung dan topeng perompak, glove 2 lapis (dlm glove tukang kebun, luar leather glove), 1 seluar track, 1 seluar cargo, 2 pasang stokin, dan kasut. PUN MASIH SEJUK SEBAB ANGIN GUNUNG TERSANGAT LA SEJUK. Mungkin juga aku yg kurang lemak.

Time naik tu gelap, kepala aku pun berfikir mcm2. Tapi bila fikir macam2, otak pun boleh salah interpret signal dari mata. Batu putih nampak mcm prumpuan pakai baju putih. Dahan pokok nampak mcm monyet. Huhh.. Ni la bila dengar terlampau banyak cerita2 seram.

Ada juga adegan2 yang menakutkan. Aku tergelincir dari batu. Nasib baik la aku tengah pegang tali. Kalau ndak aku rasa aku suda jatuh berguling2 ala2 heroin hindustan turun bukit. Botol air aku pun ikut berguling2. Nasib la guide tolong selamatkan sumber kehidupan aku tu. Azlan pulak ntah mcm mana headlight dia boleh jatuh. Bangga juga la aku dapat rescue headlight tu. Hahahah..

Then aku start suda rasa penat. Belum pun stengah perjalanan. Mungkin sebab tenaga suda abis di Mesilau (siapa suruh terlampau excited) + udara nipis. Banyak kali juga aku terbaring tu batu gunung. Tgk langit, tengok bintang (aku nampak Sagittarius!), tengok bulan.. best!

First time limpang atas gunung. Mcm laser ja lampu headlight tu..

Time2 panjat tu sebenarnya aku takut. Aku ada satu jenis fobia, takut tergelincir bila berpijak di kawasan ber-slope. Aku heran orang lain boleh jalan rilek2. Disebabkan takut tu, aku hampir2 give up. Aku suda plan aku mau duduk ja di tengah2 gunung tu, biar la diorang bergumbira di puncak. Nanti baru turun sama2. Lagi satu dalam kepala aku, “kalau suda naik tinggi2, macam mana mau turun?” Uwaaaa…

Supposedly boleh nampak sunrise dari puncak. Tapi sebab aku suda telampau penat + demotivated sebab takut, aku jalan sssllllloooooowwww btul. Kesian Azlan. Dia la yang abis2an motivate aku suruh naik lagi sampai terlepas sunrise. Makan coklat banyak2 pun mcm ndak ter-recover tenaga aku.

Sunrise from Summit. Adik aku yang ambik gambar, diorang sempat sampai puncak before sunrise.

Tapi, aku rasa bagus juga aku lambat sampai puncak. Sebab time ‘peak hour’ tu punya la ramai manusia. Mau bergambar pun mesti ndak selesa. Apa2pun, AKU ORG SABAH YANG SUDAH PERNAH SAMPAI PUNCAK GUNUNG KINABALU!!! WAHAHAHAHHA…

Witness my energyless face. Ada lagi gambar lagi huduh dari ni, tapi nanti jatuh saham aku, kuang3..

Aku rasa ndak sampai 20 minit pun aku di puncak. Adik aku yang buat peace tu orang ke-6 sampai puncak pagi tu, pukul 5.06am. Gila punya budak. Satu jam lebih tunggu aku, punya la sejuk tu. Sampai kebas2 tangan dia sebab telampau sejuk.

Pastu turun.. makin menjadi2 fobia takut tergelincir aku. Siap merangkak2 lagi. Tips lagi, jgn turun awal betul. Best ambik gambar time semua org suda turun.

Main2 sambil turun gunung

Sampai di Laban Rata, breakfast banyak2. Aku makan 3 round breakfast sebab aku memang perlu tenaga utk turun pigi Timpohon Gate. This IS the worst part of all, sebab lutut aku sakit suda. Nyesal aku ndak beli knee guard. Bye Laban Rata, might not see you again..

Azlan bergambar dengan sisa2 makanan kami (licin ja pinggan tu)

And yeap, Timpohon route memang boring. Ada la part2 yang cantik tapi kalau banding dengan Mesilau, jauh beza. Walaupun Mesilau tambah lagi 2km, aku lagi prefer Mesilau. Aku ndak suka timpohon sebab hutan ja manjang, jalan pun berbatu2 licin, tangga dia tinggi2 + curam.

Long Way Down, hutan kiri kanan.

Start turun dari dari Laban Rata pukul 10.30am, sampai pukul 3pm lebih. Slow mau mati. Kami slow sebab kami sakit kaki. Terlampau slow sampai potter perempuan di bawah ni sempat lagi naik turun angkat barang, timpohon - laban rata - timpohon. Punya kuat perempuan tu..

Makcik ni angkat Sardin, Mayonis dll utk pelahap2 di Laban Rata

Lagi 2km mau sampai, ujan turun lagi. Aisemen, baju ujan suda koyak di Laban Rata. Main ujan la nampaknya. Nasib baik la canopy2 pokok tu tolong tahan air2 ujan yg boleh tahan lebat tu. Jalan punya jalan, at last sampai la Timpohon gate. Penat gila! Tumit pun mau start tunjuk perasaan suda.

Nenek Kebayan Meredah hujan

Top View org2 penat from Timpohon Gate

Cukup Enchek Jaki? More tips, sila minta dari Azlan. Dia expert suda tu..

Sekian

October 29th, 2008 at 9:41 pm | Comments & Trackbacks (5) | Permalink

Been there, no more!

Punya la penat naik gunung. Nasib juga sampai. Kaki aku masih lagi sakit2 ni. Padan muka, sepa suruh malas joging. Aku joging 2 kali seja sblm naik gunung. Ada la naik tangga 4 tingkat pigi opis, 3 tingkat pigi kelas di clc, 2 tingkat pigi fudkot.. dasar pemalas.. 

Aku dengan segala kompiden ikut route mesilau. Ini semua Azlan punya pasal, sebab dia cakap route Timpohon macam jalan di ladang getah. Mesilau ke Laban Rata, 8.2km. Timpohon ke Laban Rata, 6km. ALaaa.. 2km ja beza! 

Skuad mendaki terdiri daripada aku, laki aku, adik aku dan adik aku. Dari mata guide kami, mungkin ndak sampai gadis2 pingitan ni. Aku pun time tu dupdapdupdap takut ndak pasal2.

Nanti la sambung, Sofea bising2 suda..

October 24th, 2008 at 9:31 am | Comments & Trackbacks (0) | Permalink

Hari ni mood aku main tapuk2 (tapuk2 = sorok2) sama aku.  Penat suda makan + jalan pigi JJ + baca blog orang. Masih lagi teda mood.

Tersinggah la pigi blog Chedet. Kesian dia, ada juga mamat/minah yg ganjil boleh komen dia sebab ndak sembahyang seblah PM n TPM. Suka hati dia la.. mcm la sembahyang seblah certain org boleh dpat extra pahala.

Dulu aku dengan member2 aku pernah buat scene dia masjid negeri melaka zaman2 study dulu. Time tu sembahyang terawikh. Sekdah, were you there with us (irra, roza, sapa lagi tah dah tak ingat)?. Kami ni semangat berkobar2 terawih 20 rakaat di masjid negeri, so ambik la saf paling depan sebab masih kosong. Ada juga jemaah lain tapi semua duduk di saf kedua dan ke belakang.

Sepanjang2 duduk2 ada la makcik2 golongan atasan tgk2 kami smacam. Aku time tu ndak perasan la sebab aku memang jenis buat ndak tau kalau org tgk. Ada yang tegur, tanya dari mana. Ada yang datang salam. Mcm tetamu kehormat juga la. Kami yg terlebih mesra ni pun cerita seja dari univ sekian2.

Member aku sorang ni, Roza tiba2 cakap, “mcm ku kenal la makcik tu. tapi kat mana ye? slalu nampak” Malangnya spanjang2 terawih tu dia ndak ingat siapa makcik tu.

Abis terawih.. (dialog lebih kurang, impossible aku ingat dialog asal)

Roza: “Tu isteri TYT la!!!! Patutla mcm slalu nampak. Gambar kat dinding2 opis”

Irra: Patut la makcik2 yang lain tu tgk smacam je. Dayang2 istana kot…

Roza: Roza perasan sejadah tadi pun cantik smacam, ada sulam2 benang emas lagi. Sejadah dia rasanya…

Aku: Mesti diorang kutuk2 budak univ tak reti protokol. Main hentam je spot isteri TYT.

Haih.. bestnya zaman blajar. Knapa la kena kerja baru dapat duit..

Mood masih main tapuk2 lagi. Kena jumpa supervisor pulak…..

October 13th, 2008 at 12:03 am | Comments & Trackbacks (4) | Permalink